Posts

Showing posts from August, 2018

Cara-mencegah-hfmd-penyakit-tangan-kaki-mulut

Image
APAKAH ITU PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)?
Penyakit tangan, kaki dan mulut ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Enterovirus EV17 dan COX A16 (Kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini berjangkit melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakkan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem  saraf dan jantung. Setiap keluarga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri bagi mencegah jangkitan.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT
1.Demam
2.Ulser ditekak dan mulut 
3.Ruam dengan lepuhan di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin. 
4.Sakit kepala
5.Hilang selera makan.
Cara Pencegahan untuk mengelak HFMD
~Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, …