Petua merawat gusi bengkak




Kesihatan gusi secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan kepada kesihatan gigi dan bau mulut seseorang. 

Orang yang gusinya bermasalah, walaupun tiada gigi yang berlubang akan mempunyai mulut yang agak berbau kalau bercakap terlalu rapat dengan seseorang.

Hal ini boleh menyebabkan tahap keyakinan seseorang itu rendah apabila nak berdepan dengan orang lain.

FAKTOR PENYEBAB PENYAKIT GUSI

  • Perubahan hormon - contohnya semasa mengandung. 
  • Mulut kering
  • Merokok
  • Kerosakkan gigi
  • Tekanan / stress 
  • Plak gigi yang telah keras /kalkulus
  • Menggunakan gigi palsu
  • Pengambilan ubat ubatan untuk masalah perubatan seperti Epilepsi dan tekanan darah tinggi.
APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA BERLAKUNYA MASALAH GUSI BENGKAK? 

  1. Gunakan flos
  2. Berkumur
  3. Kerap berus gigi - kalau boleh gunalah berus gigi yang jenis soft untuk mengelakkan gusi berdarah. 
  4. Jangan merokok
  5. Amalkan memakan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrisi
  6. Elakkan makanan jajan
  7. Dapatkan nasihat doktor jika masalah masih berterusan. 

4 PETUA MERAWAT GUSI BENGKAK TANPA UBAT

  • Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit garam halus kemudian tampal pada bahagian gusi yang bengkak. 
  • Kumur menggunakan air garam atau sapukan garam pada gusi yang bengkak. 
  • Ambil sedikit kulit pokok mangga/ mempelam, rebus dalam air hingga mendidih dan campurkan sedikit garam. Bolehlah berkumur bila air tadi dah suam sehingga bengkak gusi tu hilang. 
  • Rendam kunyir hidupdan gambir dalam air panas yang mendidih, biar seketika sampai sejuk, kemudian berkumurlah dengan air rendaman tersebut. 

Tips : minum air kosong atau lebih baik air suam secukupnya. Pengambilan air secukupnya selepas makan dapat membantu pembersihan mulut, gusi dan gigi daripada bakteria. 




Di Shaklee juga ada suplemen untuk bantu elakkan gusi tidak sihat dan bantu elakkan mulut berbau




Hubungi, 
Kak Dian
016-8222603 
Shaklee ID 1142543 

Link Whatsapp
Http://mrsDiana.wasap.my 

Comments

Popular posts from this blog

Produk kecantikkan muka terlaris

Ikhtiar Hamil dengan set kesuburan shaklee

HARGA YOUTH SKINCARE SHAKLEE